Alumni PBTUPM

Menyokong Mahasiswa UPM berteraskan Harmonisme

Tuesday, February 6, 2007

Latihan Persediaan Pesta Ang Pow


Kita telah melihat dan menyaksikan beberapa kumpulan mahasiswa Cina yang giat berlatih di Pusat Kebajikan Mahasiswa Outcampus (atau Gazebo) berdekatan dengan DK1-4. Di sana, pada setiap malam dari 8pm hingga 10.30 pm, terdapat ramai mahasiswa Cina yang berlatih menari dan berlakon drama sempena perayaan Pesta Ang Pow peringkat UPM pada bulan Mac ini nanti.
Saudara saudari yang berminat untuk menyertai program ini secara langsung, boleh menyertai kumpulan mahasiswa ini dengan menghadirkan diri anda pada sesi latihan mereka di Gazebo ini. Semoga perpaduan kaum dapat terus dipupuk.

Free Web Site Counters
Get a Counter Hit Since December 2006