Alumni PBTUPM

Menyokong Mahasiswa UPM berteraskan Harmonisme

Wednesday, January 31, 2007

Sila Buktikan...

Kepada penaja Pendaftaran PBTUPM, sila buktikan 2 persoalan ini;

1. PBTUPM tidak menghalang perpaduan kaum?

2. PBTUPM tidak dianggotai oleh penaja dari ahli GMMUPM, terutamanya Saudara Simon Ooi Tze Min?



Jika tidak mengendahkan persoalan dan cabaran ini, ini menunjukkan bahawa, Mahasiswa Menang, GMM Kalah. Mahasiswa Alumni PBTUPM Rules!

GMM menamatkan suaka terhadap mahasiswa.

Setelah seminggu GMM melaksanakan suaka sokongan dari mahasiswa UPM terhadap penubuhan PBTUPM yang berdaftar, kini mereka telah tamat tempoh dan tidak berkempen lagi.











Mencurigakan apabila persoalan ini timbul; mengapa tidak ada mahasiswa bukan cina yang menyertai GMM dalam kempen mereka yang ingin menubuhkan PBTUPM berdaftar?

Jawapannya; Operasi dan gerakan GMM sememangnya dilandaskan oleh Parti DAP yang ingin melihat lebih ramai lagi mahasiswa Cina yang mengungguli GMM.

Friday, January 26, 2007

Selamat menduduki Minggu Ujian Pertama

Kami di PBTUPM mengucapkan kepada mahasiswa UPM agar berjaya menjawab soalan dalam Ujian Pertama. Berikan masa kepada diri untuk mengulangkaji pelajaran, sementara masa lapang yang ada boleh diisi dengan aktiviti sosial yang harmonis. Semoga mahasiswa semua berjaya.

Ahli Alumni,
Persatuan Bahasa Tionghua UPM.

Jangan salah tafsir.

Mahasiswa UPM jangan menyalah tafsir antara;


Kelompok Tercemar;

Persatuan Bahasa Tionghua (PBTUPM) tajaan Gerakan Mahasiswa Maju (GMMUPM)




dengan,


Kelompok Asli;

PBTUPM yang asli perjuangannya.





Kami menasihatkan mahasiswa yang telah memasuki Kelompok Tercemar agar kembali ke pangkal jalan. Kita masih boleh menyertai aktiviti PBT di peringkat Kolej, dan mari kita elakkan diri dari termasuk ke dalam gerakan menghentam kerajaan dalam Kelompok Tercemar.

Thursday, January 25, 2007

Di mana mahasiswa bukan Cina?


Adakah anda semua berjaya mengesan walau seorang mahasiswa bukan Cina di dalam gambar ini? Jika terjumpa, sila beritahu PBT bahawa mereka sudah ada mahasiswa bukan Cina yang telah menyertai mereka.
Sedarlah mahasiswa, Persatuan Bahasa Tionghua pada musim ini bukan lagi berteraskan keharmonian dan kesepakatan kaum, malah ia telah dimonopoli oleh ahli-ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM iaitu GMMUPM, yang diketuai oleh Simon Ooi Tze Min.
GMMUPM diasuh dan dididik oleh sebuah parti luar iaitu DAP. Sila jangan tertipu dengan perjuangan GMMUPM.

Wednesday, January 24, 2007

Ini hasil GMM setelah mengambil ahli kami dari PBTUPM

Sesungguhnya mahasiswa UPM ini amat mementingkan perjuangan hak asasi manusia dan mengketepikan perpaduan kaum. Sangat mendukacitakan bagi pihak kita di PBTUPM kerana perjuangan kami tercemar dengan penglibatan dan juga campur tangan ahli GMM dalam pertubuhan kami.

Wednesday, January 17, 2007

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kempen PBT anjuran GMM.

Pada Januari, 17, beberapa ahli PBT yang telah menyertai kumpulan GMM, melakukan roadshow tetap di Old Flat, dengan seruan mereka mengajak mahasiswa menyokong pendaftaran PBTUPM.

Kami ahli PBT yang benar-benar memperjuangan kebudayaan dan keaslian Tionghua itu sendiri. Rasa kekesalan kami terhadap campurtangan ahli GMM dalam persatuan kesayangan kami, PBT adalah sangat kami kesalkan.

Sunday, January 14, 2007

We regret our society malfuctional and being manipulated.

Kita rasa amat kecewa dengan tindakan ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM yang tidak sudah-sudah memperalatkan pertubuhan kami. Mereka bukan sahaja bertindak merampas, malah mengajak ahli kami iaitu ahli PBTUPM menyertai beberapa siri demonstrasi di luar kampus UPM.

Terkini, kami telah mendapati, beberapa ahli GMMUPM telah menyebarkan risalah kepada mahasiswa supaya menyokong gerakan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka telah membuat mural di Old Flat, dengan menggunakan nama pertubuhan kami.

Kami amat menyesal dengan tindakan tidak profesional ahli GMM dan mendesak pihak universiti agar mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli GMM.

Saturday, January 13, 2007

DAP has no part in the PBTUPM

Kita enggan menerima kemasukan ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) ke dalam PBTUPM kerana kebanyakan ahli GMMUPM terpengaruh dengan politik parti DAP.

Kita juga menyeru Mahasiswa dan Mahasiswi UPM agar tidak menyokong GMMUPM kerana ahli-ahli mereka telah merosakkan pertubuhan kami, PBTUPM.

Mahasiswa jangan sertai Demonstrasi


Mahasiswa diseru tidak menyertai ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) dalam membantah kenaikan tol lebuhraya di hadapan Plaza Tol Gombak pada 14 Jan 2007, jam 4 petang.

Sila sokong kami PBTUPM. Henti sokong GMMUPM.


Persatuan Bahasa Tionghua UPM (PBTUPM) sedia membantu apa saja masalah mahasiswa di kampus UPM.

Mari kita memartabatkan bahasa Tionghua.
Jangan menyertai Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM)

Free Web Site Counters
Get a Counter Hit Since December 2006