Alumni PBTUPM

Menyokong Mahasiswa UPM berteraskan Harmonisme

Thursday, March 1, 2007

Have a prosperity Chap Goh Meh.


Sunday, February 18, 2007

Have a fun and happy holiday! Happy CNY yo!


Friday, February 16, 2007

Learn Chinese Language

Tionghua is not an Ethnic or etc. Its just a language (Putonghua) or dialect (Guoyu).

Learn more about our Chinese Language....visit Wikipedia.

Happy Festival Eve Chinese New Year to all Bo Ying members!

Thursday, February 15, 2007

Happy Chinese New Year!!!


We're from PBTUPM Alumni wish you a Happy Chinese New Year Eve 2007.

May this season bring luck along.

Monday, February 12, 2007

Yusheng


Yusheng or yee sang (Chinese: 鱼生; pinyin: yúshēng) is a Chinese-style raw fish salad. It usually consists of strips of raw fish (most commonly salmon), mixed with shredded vegetables and a variety of sauces and condiments, among other ingredients. Literally translated, "yusheng" means "raw fish", though it can also be taken to symbolise abundance, prosperity and vigor.
The delicacy was invented 1,500 years ago in southern Chinese coastal areas such as Chaozhou and Shantou, during the Song Dynasty. According to legend, a Chinese female deity known as Nüwa (女娲) created mankind from clay and mud on the seventh day of the first month of the Lunar New Year. From then on, this day was known as the "Birthday of Man". It is believed that the fishermen and seafarers of ancient Southern China were very observant of this myth. On this day, yusheng would be prepared in feasts or religious ceremonies, not just to commemorate the event but also to show respect to Nüwa. In the 19th and early 20th centuries, many of these fishermen immigrated to Southeast Asian countries like Malaysia and Singapore in search of a better life. They brought this traditional dish along with them.

Friday, February 9, 2007

'Alert' buat mahasiswa.


Kita telah mengesan terdapat pertindihan persatuan yang meragukan. Kita sedia tahu bahawa kita sudah lihat ada Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) yang merupakan penaja pendaftaran PBTUPM, kini mereka dari GMM juga telah menempatkan ahlinya dalam pertubuhan Solidariti Mahasiswa Putra (SMP) yang juga adalah satu pertubuhan tidak rasmi (tidak berdaftar).

Mahasiswa dinasihati supaya tidak melibatkan diri dalam segala urusan dan aktiviti dari GMM dan SMP ini.

Tuesday, February 6, 2007

Latihan Persediaan Pesta Ang Pow


Kita telah melihat dan menyaksikan beberapa kumpulan mahasiswa Cina yang giat berlatih di Pusat Kebajikan Mahasiswa Outcampus (atau Gazebo) berdekatan dengan DK1-4. Di sana, pada setiap malam dari 8pm hingga 10.30 pm, terdapat ramai mahasiswa Cina yang berlatih menari dan berlakon drama sempena perayaan Pesta Ang Pow peringkat UPM pada bulan Mac ini nanti.
Saudara saudari yang berminat untuk menyertai program ini secara langsung, boleh menyertai kumpulan mahasiswa ini dengan menghadirkan diri anda pada sesi latihan mereka di Gazebo ini. Semoga perpaduan kaum dapat terus dipupuk.

Monday, February 5, 2007

Demonstrasi bukan penyelesaiannya...


Mahasiswa perlu bijak menggunakan akal fikiran dan justifikasi bagaimana kita mampu untuk menangani masalah. Jika emosi kita mendahului dan mengetuai akal fikiran, maka inilah yang berlaku. Sama jugalah seperti apa yang telah berlaku pada kawan-kawan kita dalam kumpulan Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) yang tidak pernah kenal erti penat dalam mengkritik kerajaan dan mengambil peluang menggunakan PBTUPM sebagai sasaran barunya.

Sunday, February 4, 2007

Nama baik universiti kita tercemar akibat perbuatan GMM.

Mahasiswa mahasiswi,


Jika anda ingin melihat sebuah negara yang perpaduan kuat dan erat, maka sama-samalah kita berjuang menolak sentimen yang dibawa oleh Gerakan Mahasiswa Maju UPM. Caranya amat mudah, jangan kita melayan kerenah dan kehendak GMM terhadap Mahasiswa dan desakan GMM terhadap pemimpin universiti.



GMM dengan angkuhnya, telah mengadu masalah peribadi vs pentadbiran UPM, kepada banyak pihak media. Kesudahan yang kita lihat, nama baik UPM telah tidak terpelihara lagi.
Laporan mengenai keburukan universiti kita telah ditayangkan dalam Merdeka review.com dan Malaysia kini.com yang diadukan oleh pihak GMM kepada pihak wartawan ini.

Saturday, February 3, 2007

Program rasaksa PESTA ANG POW 2007 dijangka meriah.


Mahasiswa tidak mengira kaum dan agama diajak untuk menjayakan PESTA ANG POW 2007 anjuran Persatuan Kebudayaan Zhong Hua yang baru diperkenalkan. Diharapkan pesta kali ini akan lebih meriah dan dapat memupuk persefahaman kaum antara Melayu Cina India dan lain-lain.



Visit Pesta Ang Pow Website Now...!
PESTA ANGPOW UPM 2007

.

.

.

.

..

.

Friday, February 2, 2007

Stop the stupidity.

Kami lahirkan rasa kekesalan kepada pihak-pihak yang sengaja memburukkan PBTUPM.

Jangan main api. Kami sedar dan kami gesa kepada pihak yang cuba merencanakan PBTUPM yang kini ditaja GMM, agar pihak terbabit tidak menyentuh isu perkauman.

Baru-baru ini, junior kami telah menemui beberapa kepingan kertas yang mengandungi isu pendaftaran PBTUPM yang amat mengaibkan. Kepada pihak berkenaan, sila jangan mengulangi kesilapan. Tidak salah jika mengutuk GMM, tetapi usah perlekeh perkauman. Kita rakyat Malaysia, ini hakikat.

Thursday, February 1, 2007

Selamat Menyambut Thaipusam bagi mahasiswa yang menyambutnya.

Kami ALumni PBTUPM ingin memberikan ucapan selamat kepada mahasiswa beragama Hindu yang menyambut Thaipusam. Selamat hari wilayah kepada mahasiswa yang meraikannya.

Perpaduan kaum teras kemajuan negara.

Wednesday, January 31, 2007

Sila Buktikan...

Kepada penaja Pendaftaran PBTUPM, sila buktikan 2 persoalan ini;

1. PBTUPM tidak menghalang perpaduan kaum?

2. PBTUPM tidak dianggotai oleh penaja dari ahli GMMUPM, terutamanya Saudara Simon Ooi Tze Min?



Jika tidak mengendahkan persoalan dan cabaran ini, ini menunjukkan bahawa, Mahasiswa Menang, GMM Kalah. Mahasiswa Alumni PBTUPM Rules!

GMM menamatkan suaka terhadap mahasiswa.

Setelah seminggu GMM melaksanakan suaka sokongan dari mahasiswa UPM terhadap penubuhan PBTUPM yang berdaftar, kini mereka telah tamat tempoh dan tidak berkempen lagi.











Mencurigakan apabila persoalan ini timbul; mengapa tidak ada mahasiswa bukan cina yang menyertai GMM dalam kempen mereka yang ingin menubuhkan PBTUPM berdaftar?

Jawapannya; Operasi dan gerakan GMM sememangnya dilandaskan oleh Parti DAP yang ingin melihat lebih ramai lagi mahasiswa Cina yang mengungguli GMM.

Friday, January 26, 2007

Selamat menduduki Minggu Ujian Pertama

Kami di PBTUPM mengucapkan kepada mahasiswa UPM agar berjaya menjawab soalan dalam Ujian Pertama. Berikan masa kepada diri untuk mengulangkaji pelajaran, sementara masa lapang yang ada boleh diisi dengan aktiviti sosial yang harmonis. Semoga mahasiswa semua berjaya.

Ahli Alumni,
Persatuan Bahasa Tionghua UPM.

Jangan salah tafsir.

Mahasiswa UPM jangan menyalah tafsir antara;


Kelompok Tercemar;

Persatuan Bahasa Tionghua (PBTUPM) tajaan Gerakan Mahasiswa Maju (GMMUPM)




dengan,


Kelompok Asli;

PBTUPM yang asli perjuangannya.





Kami menasihatkan mahasiswa yang telah memasuki Kelompok Tercemar agar kembali ke pangkal jalan. Kita masih boleh menyertai aktiviti PBT di peringkat Kolej, dan mari kita elakkan diri dari termasuk ke dalam gerakan menghentam kerajaan dalam Kelompok Tercemar.

Thursday, January 25, 2007

Di mana mahasiswa bukan Cina?


Adakah anda semua berjaya mengesan walau seorang mahasiswa bukan Cina di dalam gambar ini? Jika terjumpa, sila beritahu PBT bahawa mereka sudah ada mahasiswa bukan Cina yang telah menyertai mereka.
Sedarlah mahasiswa, Persatuan Bahasa Tionghua pada musim ini bukan lagi berteraskan keharmonian dan kesepakatan kaum, malah ia telah dimonopoli oleh ahli-ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM iaitu GMMUPM, yang diketuai oleh Simon Ooi Tze Min.
GMMUPM diasuh dan dididik oleh sebuah parti luar iaitu DAP. Sila jangan tertipu dengan perjuangan GMMUPM.

Wednesday, January 24, 2007

Ini hasil GMM setelah mengambil ahli kami dari PBTUPM

Sesungguhnya mahasiswa UPM ini amat mementingkan perjuangan hak asasi manusia dan mengketepikan perpaduan kaum. Sangat mendukacitakan bagi pihak kita di PBTUPM kerana perjuangan kami tercemar dengan penglibatan dan juga campur tangan ahli GMM dalam pertubuhan kami.

Wednesday, January 17, 2007

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kempen PBT anjuran GMM.

Pada Januari, 17, beberapa ahli PBT yang telah menyertai kumpulan GMM, melakukan roadshow tetap di Old Flat, dengan seruan mereka mengajak mahasiswa menyokong pendaftaran PBTUPM.

Kami ahli PBT yang benar-benar memperjuangan kebudayaan dan keaslian Tionghua itu sendiri. Rasa kekesalan kami terhadap campurtangan ahli GMM dalam persatuan kesayangan kami, PBT adalah sangat kami kesalkan.

Sunday, January 14, 2007

We regret our society malfuctional and being manipulated.

Kita rasa amat kecewa dengan tindakan ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM yang tidak sudah-sudah memperalatkan pertubuhan kami. Mereka bukan sahaja bertindak merampas, malah mengajak ahli kami iaitu ahli PBTUPM menyertai beberapa siri demonstrasi di luar kampus UPM.

Terkini, kami telah mendapati, beberapa ahli GMMUPM telah menyebarkan risalah kepada mahasiswa supaya menyokong gerakan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka telah membuat mural di Old Flat, dengan menggunakan nama pertubuhan kami.

Kami amat menyesal dengan tindakan tidak profesional ahli GMM dan mendesak pihak universiti agar mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli GMM.

Saturday, January 13, 2007

DAP has no part in the PBTUPM

Kita enggan menerima kemasukan ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) ke dalam PBTUPM kerana kebanyakan ahli GMMUPM terpengaruh dengan politik parti DAP.

Kita juga menyeru Mahasiswa dan Mahasiswi UPM agar tidak menyokong GMMUPM kerana ahli-ahli mereka telah merosakkan pertubuhan kami, PBTUPM.

Mahasiswa jangan sertai Demonstrasi


Mahasiswa diseru tidak menyertai ahli Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) dalam membantah kenaikan tol lebuhraya di hadapan Plaza Tol Gombak pada 14 Jan 2007, jam 4 petang.

Sila sokong kami PBTUPM. Henti sokong GMMUPM.


Persatuan Bahasa Tionghua UPM (PBTUPM) sedia membantu apa saja masalah mahasiswa di kampus UPM.

Mari kita memartabatkan bahasa Tionghua.
Jangan menyertai Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM)

Free Web Site Counters
Get a Counter Hit Since December 2006